RSS Feed for This PostCurrent Article

Memahami Kezaliman ISA (12)

Isa3_1
Oleh: Saari SungibKolum ini memuatkan
himpunan tulisan yang mengungkapkan kezaliman Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA). Sebagai bekas tahanan ISA, kolumnis tentunya memahami
hakikat sebenar di sebalik kelangsungan akta tersebut. Begitupun, para
pembaca masih dialu-alukan mengirim ulasan terhadap tulisan ini
menerusi abuurwah@gmail.com.

APA JADI BILA ANDA DITAHAN DI BAWAH ISA?

TIGA TINDAKAN ARBITRARY

Sekiranya anda seorang aktivis sosial, pemimpin pelajar, ahli
gerakan Islam, pemimpin NGO, pejuang hak asasi manusia, aktivis
kesatuan sekerja, wartawan dan karyawan kritis, reformis dan ahli
politik pembangkang, anda mungkin telah mengetahui apa yang menanti
anda sekiranya anda ‘terbabas’ dari garisan yang dibenarkan oleh
pemerintah dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti anda.

Di mana letaknya garis boleh dan tidak boleh ditentukan oleh
pemerintah. Bilakah anda sudah ‘terbabas’ atau telah menyeberangi
garisan tersebut juga ditentukan oleh pemerintah.

Di bawah ISA, sebaik sahaja anda dikatakan telah terbabas melampaui
garisan yang dibenarkan oleh pemerintah, maka pada saat anda
dipasangkan gari oleh pegawai-pegawai SB yang membuat penangkapan, anda
diberitahu bahawa anda ditahan di bawah seksyen 73 ISA kerana telah
memudaratkan keselamatan negara!.

Anda akan melalui tiga liku-liku utama perjalanan hidup anda sebaik sahaja anda ditahan di bawah ISA. Ini terdiri daripada:

  1. Dijatuhkan Hukuman Pada Hari Ditangkap
  2. Ditahan Selama 60 Hari untuk Soal-Siasat Polis
  3. Menerima Perintah Arahan Tahanan Dua Tahun ke Kamunting daripada Menteri Dalam Negeri

Trackback URL



Post a Comment

  • Meta

  • Archives

  •  

    August 2008
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031