RSS Feed for This PostCurrent Article

Memahami Kezaliman ISA (7)

Isa2000
Oleh: Saari SungibKolum ini memuatkan
himpunan tulisan yang mengungkapkan kezaliman Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA). Sebagai bekas tahanan ISA, kolumnis tentunya memahami
hakikat sebenar di sebalik kelangsungan akta tersebut. Begitupun, para
pembaca masih dialu-alukan mengirim ulasan terhadap tulisan ini
menerusi abuurwah@gmail.com.

SIAPA YANG JADI MANGSA ISA? KENAPA ISA DITAKUTI?

Undang-undang Draconian

ISA memang sudah lama mempunyai satu reputasi sebagai satu
undang-undang yang amat ditakuti oleh rakyat, khususnya aktivis
sosio-ekonomik, politik dan hak asasi manusia di negara ini.

Kebanyakan rakyat Malaysia menyedari bahawa penahanan di bawah ISA
bererti seseorang itu akan dibawa ke satu tempat yang tidak diketahui,
ke satu sel soal-siasat yang gelap dan sejuk, kemungkinan diseksa
mental atau fizikal atau kedua-duanya sekali dan kemudian dipenjarakan
tanpa tempoh yang terhad.

ISA adalah satu undang-undang yang bersifat diktatorial. Ciri-ciri
diktator undang-undang ini telah terserlah sejak awal-awal
perbahasannya lagi dalam Dewan Rakyat pada tahun 1960 di mana cadangan
penubuhan jawatankuasa untuk membincangkan cadangan-cadangan daripada
pihak pembangkang telah diketepikan begitu sahaja.

Pindaan-pindaan terhadap ISA pada tahun 1988 dan 1989 ternyata
mempunyai fokus untuk menyekat pembangkang daripada terus bersuara di
persada politik negara.

ISA juga digelar sebagai white terror dan draconian [1]. ISA dianggap sebagai draconian
kerana ia memberi kuasa yang amat luas untuk kerajaan bertindak ke atas
sesiapa sahaja di negara ini yang telah melakukan sesuatu tindakan,
atau yang baru mahu melakukan sesuatu tindakan yang dianggap mengancam
keamanan awam serta keselamatan negara.

Anggapan seumpama itu hanya memerlukan seorang pegawai polis
‘mempunyai sebab untuk percaya’ bahawa seseorang itu telah atau akan
melakukan tindakan yang boleh memudaratkan keselamatan negara.

Empat sebab utama ISA digeruni adalah: (1). takut ditahan di Kem
Kamunting, (2). takut menghadapi penderaan dan disoal-siasat di bawah
kuasa polis, (3). takut kerana tidak mendapat pembelaan jika kes dibawa
ke mahkamah, dan (4). takut kerana terus ditakut-takutkan oleh SB

_____________________

[1] op. Cit. Rais Yatim, hal 245, 254, 257. Lihat The New Encyclopaedia Britannica, 15th Edition, 1987, Jil 4, hal 207. Draconiani>
berpunca daripada nama Draco, seorang ahli undang-undang Yunani pada
abad ke-7 Sebelum Masihi yang mengenakan sebarang kesalahan jenayah
sama ada yang remeh ataupun yang serius yang dilakukan di Athens dengan
hukuman bunuh. Sejak itu sebarang undang-undang yang bersifat menekan
dan menindas dinamakan sebagai draconian.

Trackback URL



Post a Comment

  • Meta

  • Archives

  •  

    July 2008
    M T W T F S S
    « Jun   Aug »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031