Memahami Kezaliman ISA (6)
By ejsnfauzan on Jul 12, 2008 in Books, Hak Asasi Manusia & Alam, Reality, Religion, Undang-undang, Weblogs, ditulis oleh bro fauzan and tagged Akta Keselamatan Dalam Negeri, Internal Security Act (ISA)
Oleh: Saari SungibKolum ini memuatkan
himpunan tulisan yang mengungkapkan kezaliman Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA). Sebagai bekas tahanan ISA, kolumnis tentunya memahami
hakikat sebenar di sebalik kelangsungan akta tersebut. Begitupun, para
pembaca masih dialu-alukan mengirim ulasan terhadap tulisan ini
menerusi abuurwah@gmail.com.
SIAPA YANG JADI MANGSA ISA?
ISA Digunakan untuk Berbagai-bagai Tujuan Selain Keselamatan
Walaupun tujuan ISA diwujudkan oleh kerajaan pada tahun 1960 adalah
bagi menghadapi ancaman komunis dan kegiatan subversif terhadap negara,
namun akta ini telah digunakan untuk bermacam-macam tujuan selain
daripada tujuan yang asal.
Sejak itu, kerajaan telah menjustifikasikan tindakannya menahan
pelbagai lapisan rakyat negara ini di atas sebab telah memudaratkan dan
mengancam keselamatan negara.
Senarai Mangsa ISA
Senarai mereka yang pernah ditahan di bawah ISA sejak tahun 1960
terdiri daripada mereka yang dikatakan telah mengancam keselamatan
negara dengan pelbagai tuduhan. Antaranya adalah:
- Aktivis-aktivis NGO yang menentang pembinaan empangan Bakun di Sarawak
- Pembuat pasport palsu
- Pengklon telefon bimbit
- Pengklon kad pra-bayar telefon awam
- Ahli forum yang bercakap untuk menyokong penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan
- Pembuat IC (kad pengenalan) palsu
- ‘penyebar khabar angin’ melalui internet
- ahli-ahli parti pembangkang terutama Parti Buruh dan Parti Rakyat
pada tahun 1960an bagi tujuan menghalang mereka mencapai kejayaan dalam
pilihan raya yang diadakan pada masa itu - ahli kumpulan yang dituduh mengamalkan ajaran sesat
- pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli kumpulan Al-Arqam
- penganut ajaran Syi’ah
- ahli-ahli akademik
- wartawan dan aktivis kebebasan media
- ahli-ahli politik disebabkan aktiviti dan kepercayaan politik mereka
- aktivis dan pemimpin pelajar
- ahli-ahli Parlimen pembangkang dan Ketua Pembangkang di Parlimen
- orang yang disyaki terlibat sebagai komunis
- aktivis masyarakat yang membangkang pembinaan plaza tol di Cheras
- penulis laporan peristiwa Memali menurut versi beliau sendiri sebagai sanggahan terhadap versi kerajaan
- ahli-ahli politik dan individu-individu yang didakwa terbabit untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia
- pemimpin dan ahli kumpulan yang didakwa mahu menegakkan negara Islam di Malaysia
- aktivis kesatuan sekerja yang mengambil tindakan industrial dalam
kes Sistem Penerbangan Malaysia dan kesatuan buruh-buruh estet - orang yang terlibat memiliki atau mendapatkan senjata api
- mengedar risalah anti-Amerika dengan berdemonstrasi anak beranak seramai dua orang!
- Penyokong Reformasi yang mendapatkan khidmat bomoh untuk menjatuhkan Dr. Mahathir!!
- Setiausaha Perdana Menteri yang dituduh menjadi ejen KGB, Rusia
- Aktivis reformasi yang dituduh mahu mendapatkan bom
- Aktivis agama yang didakwa mahu menyebarkan ajaran Kristian
- Pembuat syiling palsu
- Orang-orang yang terlibat dengan kegiatan tekong dan pendatang tanpa izin (PATI)
- Beberapa orang yang didakwa sebagai ahli Pertubuhan Pengganas Antarabangsa
- Ahli-ahli UMNO yang berpihak kepada Team B semasa krisis UMNO 1987
Tokoh politik yang didakwa menyokong tuntutan Brunei terhadap Limbang
di Sarawak - Dua orang timbalan menteri yang dituduh ada hubungan dengan
wartawan Singapura, membuat ucapan-ucapan di televisyen serta ada
hubungan dengan pihak berkuasa Soviet di Kuala Lumpur - Ahli politik yang mengkritik dasar pilih kasih kerajaan dalam memberi kontrak dalam projek Lebuhraya Utara-Selatan
- Pemimpin-pemimpin NGO yang telah berjaya mendapatkan injunksi
mahkamah terhadap UEM, sebuah syarikat yang ada kaitan dengan UMNO
daripada terus menerima projek-projek penswastaan daripada kerajaan - Aktivis alam sekitar yang menentang kerja-kerja pembalakan di Sarawak
- Seorang menteri kabinet yang didakwa terlibat menyokong Indonesia semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia
- Seorang pengarah bank yang didakwa melakukan pecah amanah
- Orang yang berniat meletupkan empangan
- Orang yang terlibat dalam kontroversi tentang pemilihan dan
perlantikan pengetua-pengetua sekolah jenis kebangsaan Cina yang tidak
memiliki kelayakan dalam Bahasa Mandarin - Orang yang didakwa menentang penubuhan Malaysia pada tahun 1963
- Seorang ahli politik dan guru agama yang hendak ditahan dengan
menggunakan kekerasan tetapi berakhir dengan pembunuhan di atas alasan
beliau melindungi aktivis komunis! - Seorang yang menyumbang wang sebanyak RM130.00 kepada umat Islam di Mindanao melalui MILF dan dituduh pengganas
- Penyokong-penyokong parti politik yang didakwa terlibat dalam isu kafir mengkafir
- Lima orang ditahan kerana dikaitkan dengan siri kebakaran yang berlaku di bandaraya Kuching, Sarawak
- Seorang yang terselamat daripada hukuman gantung sampai mati dalam
satu kes perbicaraan, setelah mahkamah membebaskannya, beliau ditahan
di bawah ISA. Beliau ditahan selam 12 tahun di bawah ISA - Anwar Ibrahim setelah matanya lebam dibelasah oleh Ketua Polis
Negara pada masa itu, tidak pada saat beliau ditahan pada malam 20
September 1998
Pun Boleh Masuk Dalam Senarai
Di samping itu secara terbuka dari semasa ke semasa, kerajaan juga mengancam untuk menggunakan ISA terhadap:
- Penganalisis kewangan yang membuat laporan yang tidak berpihak
kepada kerajaan tentang perkembangan ekonomi negara pada tahun 1998 - Aktivis-aktivis NGO yang menubuhkan satu tribunal untuk menyiasat penyalahgunaan kuasa oleh polis
- Mereka yang terlibat dan mereka yang mengedarkan album-album cetak rompak
- Mereka yang terlibat dalam penipuan saham di Bursa Saham
- Mereka yang dituduh sebagai pengkhianat politik
- Mereka yang menentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik
- Mereka yang menganjurkan fanatik agama di kalangan orang-orang Islam
- Mereka yang terlibat dalam kumpulan yang digelar “anti-hadith”
- Mereka yang terlibat mengkritik dasar-dasar dan pelaksanaan
program-program kerajaan di kalangan kumpulan minoriti, pekebun, buruh
dan peneroka bandar (setinggan) - Mereka yang menyebar khabar angin bahawa terdapat ‘pengait’ yang sedang bermaharajalela di Sabah
- Mengedarkan risalah yang menjejaskan keamanan dan membangkitkan
perasaan tidak puas hati rakyat yang boleh menjurus kepada rusuhan kaum - Orang yang ditahan bagi tujuan tawar-menawar bagi membuat pengakuan untuk mendapatkan ‘bukti’
- Ahli-ahli akademik bagi menghalang mereka membincangkan isu jerebu yang melanda negara
- Wartawan-wartawan asing yang tidak melaporkan ‘dengan benar’ kes perbicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim






