RSS Feed for This PostCurrent Article

Ingatkan MATI…SELALU

Assalamualaikum

Sengaja aku tulis bulletin ini…terasa
aku terlalu banyak bekerja…

sesekali di waktu zohor itu membelek &
membaca ayat Quran

tiba pada menyatakan orang mati syahid
itu disangka mati pada orang tidak berjuang

maka aku terfikir apakah aku ini hanya
bekerja, tetapi tidak pula aku berjuang
untuk Allah

seperti yang Allah pesankan dalam kitab
rujukan aku & kalian semua yang membaca
sekrang ni…

Allah pesan & arahkan agar kita berniat
& berjuang diatas muka bumi ini hanya
sebagai hamba (sebagai anak, cucu,
abang, kakak, adik, anak saudara,
pelajar, pekerja, doktor, jurutera,
penceramah, motivator, tukang cuci
lantai, kuli, pemimpin, perdana menteri)

adalah SEMATA HANYA KERNA BERSUJUD
MENYEMBAH ALLAH YANG SATU

bukan harta benda, wanita, seronok yang
lebih kita utamakan dari Allah yang
terlalu baik pada kita selalu…memberi
peluang hambanya itu beratubat sebelum
dia mati dicabut nyawanya  oleh malaikat
‘izrail

aku terasa aku tidak lama…maka aku
ingin ini jadi semacam ingatan pada
diriku tatkala aku membaca kembali
buletin yang ditulis aku sebelum ni…

maka aku menulis harapnya bukan kerana
glamor nya keinginanku tapi kerana aku
mahu menulis hanya kerna DIA

bukan manusia beri aku hidup indah,
bukan manusia beri aku upaya badanku
bangun setiap pagi dini hari, bukan
manusia juga yang mengiktiraf aku masuk
syurga diakhirat sana kelak, bukan
manusia juga yang bisa membantu aku
untuk berdiri megah di sebelah para
syuhada dan para nabi

tetapi aku perlukan manusia untuk sama
beramal agar ingat sama akan ingatan
yang diberi Tuhan sehari-hari tatkala
melaungkan kalimah membesarkan Allah;
ALLAHU AKBAR

maka hanya Allah di dalam hati
diutamakan dituruti Rasul, Ibu Ayah,
Guru, Rakan Sahabat…dan seterusnya

hanya Allah diutamakan

maka bertemu lah insan itu dengan Allah
harapnya dengan hati nya yang sejahtera
lagi salim

inna lillahi wa inna ilaihi rojiun

sesungguhnya dari Allah kita datang,
kepada Allah jua kita kan kembali

wallahualam

aku akan mati, kau juga yang sedang
membaca akan mati

bahagia @ sengsara

PILIH!

wassalam =)

FauzanIbrahim
29 Mei 2007
1708 hr
Excel PSI
Melaka

Trackback URL



Post a Comment

  • Meta

  • Archives

  •  

    May 2007
    M T W T F S S
    « Feb   Jul »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031