IBUKU SAYANG
By ejsnfauzan on May 11, 2007 in Uncategorized
ASSALAMUALAIKUM aku rindu ibuku, dia di rumah, aku di sini bekerja, Ya Allah… aku risau dia di sana…sungguh lama ku tinggal dia di sana dia kena strok sebelah badan… aku lawat dia, dia tetap senyum menyambut anaknya ini. anak sulungnya ini… walau keadaan dia doif begitu… sayang ibuku…maaf abang ibu… sebab abang di sini hanya menulis, surat sebagai pengganti diri… rindu senyum ibu… usapan ibu…. hari-hariku tidur seorang… terkenangkan… kenapa sakit ibu aku terasa… aku sering tertanya… adakah.. aku mampu menjadi anak yang soleh…/? ibu.. teringat kita bermain lari-lari.. ketika itu…ibu mahu ajarku baca Quran… aku lari takut kena rotan… sorok di balik pohon serai… habis badanku gatal… ibu tolong sapukan balm.. baiknya…ibu…tak marah… sampai aku pandai baca diajar ibu… aku boleh ajar Quran pada adik-adik lain… kawan-kawan ku ajar juga… dari sekolah rendah hingga sekarang aku jadi rujukan ramai.. semua ini jadi sebab ibuku… pahala buat mu menggunung ibu, tika aku menulis ini…aku ditempat kerja..aku menangis di plaza melaka sentral…di saat mega-mega mentari pancar cahaya mulai malap… ibu..kau selalu baca diariku..pasti ibu tahu segala isi hatiku..anakmu ini sayangkan ibu…jika hati ini terasa sakit tak berjumpa pasti akan ku pulang segera… nantikan daku ibu, aku akan mengira lagi rekah dikakimu itu tiap malam, diteratak buruk kita di Bukit Rokan Utara sana… saat suka duka kita bersama…makan ikan kering bersama kicap masin… nasi lembik… hujan basah kuyup baju ibu jual kuih, kita uli tepung pendapatan sehari-hari, RM10 biasa ibu sebut, duit itu cukup untuk seramai 7 beradik nakal ini, jika lebih, ibu tak lokek belanja cekedis untuk adik kecil mongel itu, Dekno kita panggil bersama, sudah besar dia… mengalir air mataku mengenang semua itu, ibu… sungguhpun aku lelaki,aku terkesan dengan pengorbanan seorang wanita bernama…ibuku sayang sebabmu aku tangguhkan beberapa keputusan penting…dalam hidupku…sebab ibu penting bagiku… maafkan aku kawan-kawan..jika aku mungkir janji pada kalian…ada yang tidak kunyatakan sebab ku mungkir… namun hari ini, aku nyatakan… maaf di atas keterlanjuran sikapku selama ini ibuku sayang memerlukan aku lebih dari aku perlukan kalian… maafkan aku ibu… sebab berkata uhhh, mencemek muka, menyinga, meradang didepanmu ibu, mengalah, mengelak, abang minta maaf Ya Allah ampun daku, ampuni dosaku, ampuni dosa ibu bapaku, rahmatilah kedua ibubapaku sebagaiman mereka menyayangiku sejak kecil lagi… Ya Allah, aku lihat ayahku baik hatinya,jadikan dia suami yang soleh… aku tidak mahu lagi jumpa ibuku di hospital lagi… ya aku sedar KAU murka pada manusia yang terlalu sayangkan ahli keluarganya, namun aku tidak mahu dia di hospital, sebab dia akan pastinya dalam keadaan sedih tak bermaya…biarkan dia selalu disisi suaminya yang tercinta, itu syurga dia, aku ingin dia gembira segembiranya dia seperti selalu dirumah kami di Bukit Rokan Utara… gerakkan tangan dia yang lumpuh itu untuk dia lebih dekat padaMU selalu, jadikan dia orang yang selalu menjaga solatnya, orang yang selalu baik dengan jirannya,sentiasa basah lidahnya dengan bacaan Quran, manis mulutnya dengan nasihat,baik hatinya melayani anak-anaknya, jika perlu diganti dengan tanganku, gantikan ia! amin….ya robbal ‘alamin moga kecintaanku ini tidak melebihi kecintaan kepada Allah & Rasul fauzanibrahim 11 Mei 2007 PSI Training Centre/ EP Internet & Cafe Plaza Melaka Sentral Melaka





