Kesihatan, Keluarga, Kewangan - Kehidupan »
By ejsnfauzan on May 21, 2009 in Uncategorized | 0 Comments
Sungguh, ada makna pada 3 perkara ini.
![]()
This Is ME, who are you?
Recent ArticlesBy ejsnfauzan on May 21, 2009 in Uncategorized | 0 Comments
Sungguh, ada makna pada 3 perkara ini.
![]()
By ejsnfauzan on Apr 22, 2009 in Hak Asasi Manusia & Alam, Undang-undang | 2 Comments
By ejsnfauzan on Apr 1, 2009 in Palestin | 0 Comments
Pendirian Hamas seperti yang digariskan oleh Perdana Menteri Ismail Haneyya tidak pernah berubah semenjak Hamas mengemukakan formula penyelesaian politiknya. Bahkan inilah pendirian Hamas yang dipertahankan ketika memenangi pilihanraya legislatif Palestin yang pertama pada awal 2006. Prinsip-prinsip ini yang mengundang kemarahan US dan sekutu-sekutunya yang terus mendesak agar Hamas menghentikan penentangan untuk membebaskan Palestin dari pendudukan haram zionis, mengiktiraf Israel dan menghormati semua perjanjian damai yang dimeterai di antara regim zionis dan pihak berkuasa Palestin. Hakikatnya tunduk kepada ugutan-ugutan ini hanya membawa satu maksud iaitu berlanjutannya atau berkekalannya pendudukan zionis dan penafian berterusan hak rakyat Palestin. Prinsip-prinsip tersebut adalah ‘National Constant’ yang tidak boleh dipertaruhkan. Akibatnya berlakulah sekatan ekonomi yang komprehensif dan ini disusuli pula dengan kepungan yang melumpuhkan Gaza sejak tahun 2007 dan berterusan pula dengan serangan biadap dan kebinatangan Israel ke atas Gaza pada akhir tahun 2008 dan permulaan tahun 2009.
Pendirian Hamas ini juga bukanlah sekadar slogan-slogan politik untuk menjuarai perjuangan pembebasan Palestin. Hamas tidak pernah melihat perjuangan mereka sebagai milik ekslusif Hamas dan sentiasa mencari ruang bagi meletakkan perjuangan mereka sebagai agenda nasional. Kerana itu langkah pertama setelah memenangi pilihanraya ialah mempelawa semua parti politik termasuk Fatah untuk membentuk kerajaan campuran. Pelawaan ini malangnya ditolak oleh Fatah yang lebih rela tunduk kepada tekanan luar. Meskipun pelbagai usaha dilakukan oleh US dan Israel untuk menggagalkan perpaduan di kalangan Palestin, terbentuk juga Kerajaan Perpaduan Palestin hasil dari Perjanjian Mekah 2007. Malangnya kerajaan perpaduan ini berakhir, sekali lagi akibat dari makar yang dirancang oleh US dan Israel melalui agen-agen upahannya di kalangan Palestin sendiri. Kini meskipun kerajaan Hamas menderita akibat serangan Israel di Gaza yang sekali lagi menyaksikan persekongkolan di antara regim zionis dengan sekutu-sekutunya dari pemimpin Arab samada di Tebing Barat dan negara-negara Arab yang berjiran, Hamas tidak berhenti dari menyeru kepada perpaduan seluruh rakyat Palestin.
Apakah ini tidak cukup sebagai testimoni murni perjuangan Hamas?
Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengarah PACE
Pusat Kecemerlangan Palestin
By ejsnfauzan on Apr 1, 2009 in Uncategorized | 0 Comments
Tentangan terhadap penguatkuasaan peruntukan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 atau Internal Security Act (ISA) adalah antara kemelut yang berlaku dalam sistem, perundangan dan politik di Malaysia. Akta yang membolehkan seseorang yang disyaki terbabit dalam kegiatan yang boleh menjeaskan keselamatan Negara ‘ditahan tanpa bicara’ ini terus digunakan walaupun ia dari semasa ke semasa menjadi isu politik.
Terdapat pandangan supaya akta ini dipinda atau dimansuhkan. Walaupun Ordianan Darurat telah dimansuhkan selepas tamatnya darurat pada 30 Julai 1960 tetapi ‘kuasa menahan tanpa bicara’ masih dikekalkan di bawah Peraturan 17 Ordinan Darurat dan dimasukkan dalam Bahagian II ISA.
Dalam tempoh 48 jam, ordinan ini sudah pun dpinda sebanyak 20 kali. Antara pindaan akta ini yang dilihat tidak berlaku adil terhadap tahanan ialah apabila pada 1989 salah satu seksyen dalam akta ini dipinda dan sekaligus menafikan hak tahanan untuk merujuk kepada mahkamah. Pindaan yang dibuat itu menyingkirkan kuasa semakan mahkamah dalam hal bersangkutan dengan kuasa Menteri iaitu di bawah seksyen 73 (1)* untuk menahan seseorang di bawah akta ini.
Banyak usaha yang dijalankan oleh segolongan pihak tertentu di kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menyatakan tentangan mereka terhadap penggunaan akta ini di Negara seperti Malaysia. Sebagaimana kata pengamal undang-undang, Fadilah Nadwa Fikri, yang merujuk kepada peluang tahanan untuk membuat rayuan kepada mahkamah tinggi untuk mendapatkan perintah ‘habeas corpus’ adalah sia-sia. Ia semata-mata satu prosedur dari segi teknikal tanpa mahkamah mempunyai hak untuk mengeluarkan memanggil saksi untuk mengadili orang yang ditahan terhadap tuduhan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri bahawa penahan itu atas sebab keselamatan Negara.
Menyumbat tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting di Taiping, Perak, tanpa berpeluang untuk membela diri di atas tuduhan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri sendiri adalah salah satu ketidakadilan dan tidak menepati prinsip perundangan untuk menahan seseorang dengan menafikan hak membela diri.
Fadilah Nadwa menjelaskan ISA tidak lagi relevan kerana ketika ia mula digubal akta ini digunakan untuk menghalang ancaman komunis dan sebagai ‘emergency law’ saja. Akta ini tidak akan terpakai jika berlaku kes jenayah, orang yang dituduh perlu dibawa ke muka pengadilan dan hakim akan menentukan kesalahan mereka. Katanya, “tanpa akta ini kita bukan mengatakan, kita galakkan keganasan yang mengganggu gugat keselamatan awam dan Negara kerana di mana-mana Negara sekalipun pasti ada puak pelampau yang melakukan keganasan.
“Di Malaysia, kita mempunyai sistem perundangan yang terbaik untuk menangani isu keselamatan negara, iaitu melalui undang-undang Kanun Jenayah. Tetapi sejak kebelakangan ini Akta ISA kerap digunakan menjurus kepada kepentingan politik,” jelasnya yang merujuk kepada beberapa kes termasuk ahli politik, wartawan dan pengendali blog tahun lalu. Jelasnya, seseorang yang ditahan mengikut ISA, boleh memfailkan ke mahkamah tinggi jika menganggap penahannya salah di sisi undang-undang antarabangsa dan pelanggaran Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat tetapi oleh kerana pindaan yang dilakukan pada 1989, menghalang orang yang dituduh untuk membela diri.
Had Kuasa Pemerintah
Dalam sistem perundangan British yang diamalkan di Malaysia selepas negara merdeka, sistem demokrasi parlimen di negara ini, dibahagikan kepada tiga iaitu, badan perundangan (legislatif), kehakiman dan eksekutif yang mempunyai bidang kuasa dan peranan masing-masing dalam pentadbiran negara.
Dalam Islam, badan eksekutif (As Sultatut Tanfiziyyah) dan badan perundangan (As Sultatul Qadhiyyah) mempunyai bidang kuasa dan pendekatan berbeza dalam menjalankan peranan masing-masing. Dalam Islam, Ulil Amri atau pemerintah wajib ditaati tetapi hanya kepada pemerintah yang taat kepada Allah Subhanahu wa Taala dan Ar Rasul yang mengeluarkan perintah yang bertepatan dan tidak bercanggah dengan undang-undang dan peraturan Islam.
Memetik pandangan di kalangan ulama yang membicarakan mengenai sistem politik Islam atau ‘As Siyasah Syar’iyyah’ telah menghuraikan peranan serta bidang kuasa pemerintah (eksekutif) dalam menjalan tugasnya. Antara yang menjadi bidang kuasa pemerintah adalah kuasa hisbah. Ini merangkumi tanggungjawab mengeluarkan perintah dan peraturan yang bertujuan menjaga kepentingan umum, menguatkuasakan peraturan keselamatan negara, ketenteraman awam, ekonomi, pengangkutan, perusahaan dan sebagainya.
Menjelaskan kuasa hisbah ini Ibnu al Qayyim Al Jauziyyah dalam kitab tulisannya At Thuruqul Hukmiyyah menyatakan: “Hukum-hukum yang dijalankan di bawah kuasa hisbah adalah hukum syarak. Hukum itu mempunyai kaedah pelaksanaan di sisi syarak. Kepentingan umat mungkin tidak dijaga dengan sempurna tanpanya. Pelaksanaan seperti ini tidak memerlukan pendakwa dan orang yang didakwa. Jika prosedur sedemikian tidak dilaksanakan maka kepentingan umat akan musnah dan sistem pemerintahan akan menjadi kucar-kacir. Pihak berkuasa boleh menjalankan kuasa ini berasaskan petanda alamat yang jelas yang boleh dijadikan keterangan (circumstantial evidence).”
Daripada keterangan Ibnu al Qayyim itu, mengikut kuasa hisbah ini, menunjukkan kuasa pemerintah antaranya ‘boleh menahan seseorang tanpa bicara’ atas sebab kepentingan umum dan keselamatan negara mengikut petanda yang jelas. Manakala, Al Imam Al Qarafi pula menyatakan, “Ketua negara kuasa kehakiman dan kuasa mengeluarkan fatwa. Pemerintah juga boleh melakukan perkara yang tidak bersifat fatwa dan kehakiman seperti menghimpun tentera, mengisytiharkan peperangan, memungut hasil dan membelanjakannya pada tempat yang betul, melantik pegawai, membunuh penderhaka iaitu tugas yang tidak boleh diluluskan oleh hakim juga mufti.”
Menghuraikan persoalan ini Dr. Saud bin Said Al Duraib dalam bukunya, At Tanzim Al Qada fi Al Mamlakah As Saudiyyah pula menyatakan, “Seseorang ketua negara dengan eksekutifnya boleh mengeluarkan perintah membekukan harta atau membelanjakannya. Ia juga boleh mangasingkan apa saja yang menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat seperti yang dilakukan oleh Saidina Umar Radiyallahuanhu terhadap Sobiq bin Asal kerana usahanya mengelirukan orang ramai mengenai Al Quran. Pemerintah juga boleh menahan dan membuang daerah sesiapa yang pada pandangannya boleh memudaratkan masyarakat.”
Justeru adalah nyata beberapa perbincangan ulama itu, penahanan tanpa bicara ‘diharuskan’ dalam kes harta benda sebagaimana kenyataan Dr. Saud itu. Dalam kes yang membabitkan ‘keamanan dan keselamatan negara’ dalam sebuah masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia ini, tindakan sedemikian rupa adalah ‘harus’ dilakukan demi menjaga maslahat dan kepentingan umum, undang-undang ISA terpakai.
Apabila larangan dilaksanakan oleh pemerintah, maka wajib ke atas umat Islam pula mentaatinya dan haram bagi mereka mengingkarinya seperti yang dinyatakan oleh Asy Syeikh Khalid bin Ali Al Anbari, “Wajib taat kepada pemerintah Islam apabila ia mengehadkan penggunaan perkara yang harus, yang mana pada pandangannya larangan berkenaan demi kepentingan umum. Sesungguhnya Saidina Umar pernah memerintahkan Abu Dzar supaya keluar dari Negeri Syam dan menetap di Madinah.” Manakala adalah haram mentaati Ulil Amri yang mengeluarkan perintah atau undang-undang yang bercanggah dengan peraturan Islam.
Ini bertepatan dengan ajaran Nabi Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam dalam sebuah hadis yang bermaksud: ” Tiada ketaatan dalam keadaan maksiat kepada Allah, ketaatan hanyalah dalam perkara makruf” (Sahih Al Bukhari 9/109: Sahih Muslim, Bab Al Imarah 8/39).
HAK TAHANAN

Syed Ibrahim Syed Noh
Bagaimanakah pula hak tahanan?
Wajarkah mereka ditahan tanpa dibicarakan? Berdasarkan pengawasan laporan Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) sehingga Disember 2008, terdapat 46 orang tahanan ISA, di kem tahanan.
Kebanyakan mereka dituduh sebagai ekstremis agama manakala sebahagian lagi atas tuduhan memalsukan wang atau dokumen dan aktivis Hindraf.
Ulama Al Mawardi dalam kitabnya Al Ahkam As Sultaniyyah menyatakan bahawa tindakan menahan tanpa bicara hanyalah boleh diambil oleh ‘Amir’, yakni kuasa kuasa eksekutif.
Manakala ‘Qadhi’ atau hakim hanya boleh mengenakan hukuman seksaan setelah disabit tuduhan dalam perbicaraan di mahkamah mengikut prosedur keterangan yang ditetapkan oleh undang-undang.
Apabila kuasa badan kehakiman dalam sistem demokrasi di Malaysia ini tidak lagi memiliki kuasa bagi memastikan tahanan diadili oleh hakim di mahkamah yang tidak terdapat dalam akta ini, apakah kenyataan Al Mawardi ini secara automatiknya ditolak oleh badan eksekutif apabila menafikan bidang kuasa badan kehakiman?
Sedangkan prinsip perundangan barat dan Islam sememangnya tidak mengiktiraf ‘menahan tanpa bicara’ tanpa dibuktikan kesalahan tahanan terlebih dahulu walaupun pemerintah mempunyai hak untuk melakukannya sebagaimana kuasa hisbah.
Desakan untuk memansuhkan akta ini oleh sebahagian masyarakat kerana dakwaan yang mengatakan bahawa setiap tangkapan yang dilakukan itu tidak mempunyai bukti kukuh untuk ‘menuduh’ atau ‘mengesyaki’ seseorang itu terbabit dalam jenayah yang boleh mengganggu gugat kepentingan awam dan negara. Ada dakwaan kononnya kuasa badan eksekutif menggunakan ISA untuk ‘menggertak’ dan ‘menakut-nakutkan’ individu terbabit terutamanya jika mereka menentang dasar kerajaan dan kepentingan badan eksekutif itu.
Di kalangan pengkritik akta ini, mereka mendakwa jika kerajaan tidak mempunyai hujah yang konkrit, adalah tidak berhak menahan tanpa bicara individu terbabit. Tindakan sedemikian hanya mengundang kemusykilan rakyat terhadap motif penangkapan yang dilakukan oleh polis.
Firman Allah Subhanahu wa Taala yang bermaksud:
Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.” Surah Al Hujurat 49 ayat 6.
Ayat di atas membawa maksud jelas bahawa Islam amat melarang umatnya membuat tuduhan palsu berdasarkan syak wasangka tanpa bukti.
Ibnu Al Qayyim dalam kitabnya At Thuruqul Humiyyah menyatakan, “Pihak berkuasa boleh menjalankan kuasa berasaskan petanda dan alamat yang jelas yang boleh dijadikan keterangan.”
Bnayak dakwaan terhadap tahanan di bawah akta ini gagal dibuktikan sama ada mereka terbabit secara langsung terhadap apa yang disebut sebagai ‘mengganggu gugat keamanan negara’ apabila undang-undang di bawah akta ini hanya berlandaskan syak wasangka semata-mata tanpa dapat pembuktian yang nyata oleh pihak polis terhadap semua tuduhan tanpa dibuktikan di mahkamah.
Timbalan Presiden Pertubuhan Jamaah ISlah Malaysia (JIM) yang juga penggerak kepada Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, berpendapat ISA perlu dimansuhkan.
Dakwaan beliau bahawa akta ini, melanggar prinsip keadilan dalam perundangan yang mana mereka yang ditahan dan dinafikan hak untuk diputuskan ‘tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahannya’. Mereka, dinafikan membela diri, mendapatkan khidmat guaman dan boleh ditahan selama-lamanya tanpa dihadapkan ke mahkamah.
Katanya, menuduh tanpa sebarang bukti adalah haram di sudut syariah kerana ia sendiri menyebabkan keadaan huru-hara kepada keluarga tahanan dan kurangnya keyakinan terhadap badan eksekutif dan pihak polis.
“Kerajaan harus menegakkan prinsip keadilan Islam yang rasional berbanding sentimen perkauman yang rapuh dalam menjaga kemaslahatan ummah. Ini kerana terdapat tahanan yang dipenjarakan lebih dari tempoh dua tahun dan bergantung kepada budi bicara Menteri Dalam Negeri,” ujarnya.
Malah, tegasnya, kerajaan seharusnya boleh menangani isu ISA ini dengan pelbagai akta lain yang sedia ada dalam sistem perundangan di negara ini.
Apabila adanya cadangan daripda badan bukan kerajaan (NGO) agar meminda seksyen 73 (3)** untuk mengurangkan tempoh tahanan kepad a30 hari, Syed Ibrahim berpandangan, ia tidak akan memihak kepada tahanan kerana kuasa Menteri Dalam Negeri masih boleh memanjangkan tempoh tahanan kepada dua tahun atau lebih tanpa tahanan dibicarakan. Dalam perlembagaan negara dicatatkan mengenai hak keadilan dan perlindungan sama rata bagi semua rakyat di sisi undang-undang. Ia semakin dinafikan kerana kerangka Akta ISA itu sendiri tidak memihak kepada badan kehakiman untuk mengadili tahanan.
Apabila kedudukan badan eksekutif ini dicabar ata platform politik dan perlauman maka itu ISA dilihat masih relevan walaupun dari segi perundangan dunia ‘ menahan tanpa bicara’ adalah melanggar prinsip perundangan hak dan kebebasan individu.
Negara yang mengamalkan sistem demokrasi, tidak seharusnya menolak hak untuk bersuara dan berbeza pendapat di kalangan rakyat.
Justeru apabila berlakunya tentangan terhadap kuasa badan eksekutif di kalangan rakyat terhadap ‘ketidakadilan’ dari sudut perundangan dan hak bersuara yang dinafikan melalui penggunaan Akta ISA, ia amat bertentangan dengan firman Allah Subhanahu wa Taala yang bermaksud:
Dan jika dua pihak dari orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah pihak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah keduanya dengan adil, dan berlaku adillah kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.” Surah Al Hujurat 49 ayat 9.
—————————————-
Nota:
* Seksyen 73 (1)
“Mana-mana pegawai polis boleh menangkap dan menahan tanpa waran mana-mana orang sebelum selesai siasatan yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk dipercayai:
“Mana-mana orang yang ditangkap di bawah seksyen ini boleh ditahan selama tempoh tidak lebih enam puluh hari tanpa suatu perintah tahan dibuat berkenaan dengannya di bawah seksyen 8.”
Seksyen 8 (1)
“Jika Menteri berpuas hati bahawa penahanan mana-mana orang adalah perlu dengan tujuan mencegahnya daripada bertindak dalam apa-apa cara yang mendatangkan mudarat kepada keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau kepada penyenggara perkhidmatan perlu di dalamnya atau kepada kehidupan ekonominya, Menteri boleh membuat perintah (yang kemudian disebut perintah tahanan) mengarahkan bahawa orang itu di tahan bagi apa-apa tempoh tidak lebih daripada dua tahun.”
Wartawan Milenia Muslim
Dalia Ismail
Majalah Milenia Muslim
Keluaran April 2009
By ejsnfauzan on Mar 30, 2009 in Palestin | 0 Comments
By ejsnfauzan on Feb 18, 2009 in Uncategorized | 0 Comments
Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i’tikat diperbetuli sudah
Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.
Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.
Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu,
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu
Sudahlah hasil kayu dan ayar,
angkatlah pula sauh dan layar,
pada beras bekal jantanlah taksir,
niscaya sempurna jalan yang kabir.
Perteguh jua alat perahumu,
muaranya sempit tempatmu lalu,
banyaklah di sana ikan dan hiu,
menanti perahumu lalu dari situ.
Muaranya dalam, ikanpun banyak,
di sanalah perahu karam dan rusak,
karangnya tajam seperti tombak
ke atas pasir kamu tersesak.
Ketahui olehmu hai anak dagang
riaknya rencam ombaknya karang
ikanpun banyak datang menyarang
hendak membawa ke tengah sawang.
Muaranya itu terlalu sempit,
di manakan lalu sampan dan rakit
jikalau ada pedoman dikapit,
sempurnalah jalan terlalu ba’id.
Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.
Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.
Barang siapa bergantung di situ,
teduhlah selebu yang rencam itu
pedoman betuli perahumu laju,
selamat engkau ke pulau itu.
La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
di laut keras dan topan ribut,
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut.
Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.
Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.
Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal kayu dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.
Silan itu ombaknya kisah,
banyaklah akan ke sana berpindah,
topan dan ribut terlalu ‘azamah,
perbetuli pedoman jangan berubah.
Laut Kulzum terlalu dalam,
ombaknya muhit pada sekalian alam
banyaklah di sana rusak dan karam,
perbaiki na’am, siang dan malam.
Ingati sungguh siang dan malam,
lautnya deras bertambah dalam,
anginpun keras, ombaknya rencam,
ingati perahu jangan tenggelam.
Jikalau engkau ingati sungguh,
angin yang keras menjadi teduh
tambahan selalu tetap yang cabuh
selamat engkau ke pulau itu berlabuh.
Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
belajar perahu sidang budimannya,
berlayar itu dengan kelengkapannya.
Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya.
“Taharat dan istinja’” nama lantainya,
“kufur dan masiat” air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.
Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
“Allahu Akbar” nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.
“Wallahu a’lam” nama rantaunya,
“iradat Allah” nama bandarnya,
“kudrat Allah” nama labuhannya,
“surga jannat an naim nama negerinya.
Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam’ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.
Kenali dirimu di dalam kubur,
badan seorang hanya tersungkur
dengan siapa lawan bertutur?
di balik papan badan terhancur.
Di dalam dunia banyaklah mamang,
ke akhirat jua tempatmu pulang,
janganlah disusahi emas dan uang,
itulah membawa badan terbuang.
Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.
Tongkatnya lekat tiada terhisab,
badanmu remuk siksa dan azab,
akalmu itu hilang dan lenyap,
(baris ini tidak terbaca)
Munkar wa Nakir bukan kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu panjang,
cabuknya banyak tiada terbilang.
Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?
La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insap,
siang dan malam jangan dilalaikan.
La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
tauhid ma’rifat semata-mata,
memandang yang gaib semuanya rata,
lenyapkan ke sana sekalian kita.
La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da’im dan ka’im jangan berubah,
khalak di sana dengan La ilaha illallahu.
La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.
La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
memadamkan cahaya sekalian rusuh,
jin dan syaitan sekalian musuh,
hendak membawa dia bersungguh-sungguh.
La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
tauhid ma’rifat semata-mata.
hapuskan hendak sekalian perkara,
hamba dan Tuhan tiada berbeda.
La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
medan yang kadim tempat berdamai,
wujud Allah terlalu bitai,
siang dan malam jangan bercerai.
La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,
menyatakan tauhid jangan berubah,
sempurnalah jalan iman yang mudah,
pertemuan Tuhan terlalu susah.
~ Hamzah Fansuri
By ejsnfauzan on Jan 26, 2009 in Hak Asasi Manusia & Alam, Palestine, Reality, Television, Travel, Weblogs, ditulis oleh bro fauzan | 0 Comments
Salam perpaduan kepada pembaca ![]()
Antara isu hangat kini dalah boikot produk Amerika dan ‘bos’nya yahudi zionis. Antara yang terpalit di Malaysia ini adalah industri pemakanan seperti KFC, McD dan pelbagai lagi produk yang dikeluarkan oleh Amerika.
Dalam laungan kuatnya suara memboikot barangan dan produk Amerika inilah ada suara yang mempertahankan kebajikan pekerja yang bernaung di bawah syarikat terbabit. Ada sejumlah 22,000 orang pekerja dalam KFC akan menganggur jika KFC terpaksa ditutup akibat boikot dan ada 8,000 pekerja McD di Semenanjung akan merana tiada sumber pendapatan.
Tujuan boikot adalah untuk melumpuhkan sumber kewangan Zionis yang menyerang umat Islam, Kristian dan lain-lain etnik di Palestin kini. Dan juga sebagai BUKTI KITA SEBAGAI MUSLIM YANG IKHLAS BERTAQWA dan BERSAUDARA KERANA ALLAH.
Ada pelbagai idea dicurahkan dalam internet dan tulisan artikel pendek oleh ramai penulis aktif, meberikan idea dan cadangan bahawa KFC perlu diMalaysiakan dan membeli terus KFC 100% hak dan royaltinya dan hentikan sangkut paut dengan Zionis jika ada. Begitu juga denga syarikat besar lain.
Supaya tiada lagi keraguan dan goyah dalam hati dan mood bekerja serta iman setiap orang membeli.
Saya tidak sanggup mendapatkan wang kerja sebanyak RM800.00++ sebulan, sementara hasil jualan saya digunakan untuk menyembelih adik abang dan mak saudara saya di Palestin. Tidak sanggup saya!
Saya percaya jika rakyat Malaysia tidak bekerja syarikat yang berkaitan dengan Zionis dan Amerika, rakyat Malaysia masih mampu mencari pekerjaan lain seperti membuka perniagaan sendiri. Saya percaya sikit masa lagi, produk Malaysia akan lebih popular dari produk Amerika.
Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk melaungkan boikot pada produk Amerika yang berada di Malaysia. Kita punya pilihan selain membunuh sahabat kita sendiri.
Saya tidak mahu makan ayam dan burger, pada hakikatnya saya menyiat kulit dan daging manusia di tempat lain!
Rasional atau tidak, ia telah berkaitan dengan sifat perikemanusiaan kita di Malaysia ini.
Antara sebab ringkas saya boikot produk Amerika adalah saya membayangkan diri saya adalah MANUSIA BERJIWA MANUSIA
Ini usaha saya sejak mulanya usaha boikot bertahun dahulu dan saya berjaya dan masih hidup tanpa duit gaji dari jualan produk Amerika yang mungkin akan membunuh saya di Akhirat nanti.
Artikel ini saya rujukkan kepada ayat Allah dalam Surah At Taubah bernombor 38-42
Kehidupan dan pekerjaan yang diredhai Allah itu agak sukar dicapai jika tak mahu bersusah payah di dunia ini, Allah ada bertanya secara langsung, ADAKAH KITA INI MAHU SUNGGUH KEHIDUPAN DUNIA BERBANDING AKHIRAT?
Artikel ini tidak cukup untuk anda bertindak, ANDA SENDIRILAH YANG MENENTUKAN JALAN YANG ANDA PILIH.
Allah mengilhamkan dua jalan pada manusia itu, jalan yang baik tapi susah, dan jalan yang dimurka Allah tapi senang buat untung di dunia ini. Allah sebut in i dalam Surah Asy Syams ayat 8.
Jangan kita rasa lemah dan kecewa sedang kita ini akan akan ditolong Allah (secara yang kita tak sangka) jika kita benar-benar beriman. Ali ‘Imran ayat 139
By ejsnfauzan on Jan 26, 2009 in Hak Asasi Manusia & Alam, Palestine | 0 Comments
—
By ejsnfauzan on Nov 6, 2008 in Uncategorized | 0 Comments
Teguhlah diri,
Pulih kan hati,
Elakkan rugi,
Raih Redha Ilahi.
By ejsnfauzan on Sep 26, 2008 in Reality, Religion, Science, Travel, Weblogs | 1 Comment
Selamat hari lebaran
Minal ‘aideen wal faaizeen
Mari bersalam-salaman
Saling bermaaf-maafan
Ikhlaskanlah diri mu
Sucikanlah hati mu
Sebulan berpuasa
Jalankan perintah agamaSelamat hari lebaran
Minal ‘aideen wal faaizeen
Mari mengucapkan syukur
Ke hadirat Illahi
Kita berkumpul semua
Bersama sanak saudara
Tak lupa kawan semua
Jumpa di hari bahagia
Selamat hari lebaran
Minal ‘aideen wal faaizeen
Lagu ini berkumandang bersama puluhan lagi koleksi lagu raya, yang saya rasakan seperti memaksa-maksa diri untuk ada feeling dengan Hari Raya. Dipaksa-paksa sedih bagi apa-apa yang hilang dan tak tercapai. Dipaksa-paksa gembira bagi hasil mahsul sebuah Hari Raya.